Monday, 26 December 2011

Semester Break Abis Sudah!!

Satu bulan rasa macam satu minggu je...Kejap je dah nak kena balik Poli..Kenapa xrasa excited ek nak balik..rasa malas g ada..Sepatutnya last semester semua org happy..yela pasni dah abis..dah leh keja..rancang masa depan..but not for me..:(

Mesti banyak tugasan nak kena buat..Tambah dengan Final Project..Tak taw jadi ke tak sistem yang akan dibangunkan nanti..Harap2 final project tak ada masalah laa...kalau tak jumpa sem depan..hish..capoi nye mulut..xmo..xmo..xmo..(*_*)

Subject (Kursus) untuk semester ni xbanyak macam semester2 sebelum nie..Just 5 subject..2 masuk Final..Walaupun tak banyak..tapi rasanya agak mencabar jugala..coz subject ni sangat la baru + penting..Tapi the main reason subject utk student akhir semester maybe sebab diorang nak kami focus dengan Final Project kot..Kalau Final Project lingkup..semua lingkup laa...

Lecturer pun cam seram juga..Harap2 lecturer yang mengajar kami xda kerek sangat..Kalau tak menangis la kami setiap hari...

So doakan saya berjaya ye..Berjuang Nelly untuk ur future..Chayork!!!Chayork!!..InsyaALLAH..:)

SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Monday, 5 December 2011

Ombak Rindu Novel Terhebat

Hye All..Assalamualaikum..(*_*)

Today mood bosan datang lagi..tak tahu dah nak buat apa..hmm..so tengah duduk saja2 ni teringat Aaron Aziz..Sapa yang dah tengok cerita yg tgh hangat di perkatakan di corong2 radio, kaca2 tv??..Yang tak tau tu..Kamu memang "Not Up To Date" oppss..:||

Cerita apa lagi kalau bukan Ombak Rindu yg ada dipawagam sekarang..semua org tertunggu2 cerita tu keluar.sekarang dah keluar..so g la cepat2 serbu pawagam yg terdekat..Saya dah g serbu dah 1st Dec ritu, semangat tak?..1st day dah keluar terus g serbu pawagam..full boking ooo..kita org dapat seat depan skali..minat nye pasal..layannn jela..

Sedih la cita tu..sy nangis tgk crita tu.."shuu..jgn gtaw org taw sy nangis"..hehehe...mau tak nangis..sedih kot..dia sanggup jd perempuan simpanan laki tu and sanggup bagi suami dia kawen lain..Perempuan mana yang sanggup tgk suami dia kawen lain..Percayala wlupun dia merelakan tapi di dalam hati bagaikan dihiris2 oooo..sakitkan..tp tula..tergamak kan lelaki yg kt luar sana yg buat cmtu kat istri depa..so sad..:(

Tapi kan cerita tu..lisa surihani cam xberapa nak sesuai pegang watak perempuan yg pentingkan diri sendiri, gedik, tegas,garang..Yela,selalu tengok dia..dia kan seorg yang lemah lembut.tapi kali nie cam ganas..terjerit2..cam xbest..tapi pape pun nice try Lisa..:)


So sapa2 yang belum tengok lagi cerita Ombak Rindu..pergila menonton di pawagam yang berdekatan anda..Boleh la nak menghilang penat seharian berkerja..Bawa family or gf..bf g tonton k..bye2..:)



SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com


Sunday, 27 November 2011

Twilight(Breaking Down)-Part1

Hari ni nak cita pasal 1 cerita nie yg baru kuar kat cinema, Twilight(Breaking Down). Cita ni bersiri2..orang yg xpenah ikut cita nie..mst diorg blur..pasal pa la cita nie..tp for me yg ikut dr part 1..mmg xnkla terlepas cita nie..rugiii oooo xtgk..menyesal xsudah..:)

Sy br ja g tgk ri jumaat ritu..Cerita ni baru ja keluar on 24-Dec-2011 (Thursday)..Memang nak g tengok thursday tu..kononnya nak jd org 1st yg tgk la..tp xdapek le iden..thursday tu my last paper exam la pulak ari tu..so TERPAKSA tangguhkan ke ari jumaat..:(

Untuk pengetahuan U ALL..sy tgk cita tu sorg2..actually i go wit my mum and kawan dia sorg..kami g bertiga..tp last minit my mum and kawan dia xnk g tgk lak..coz cita tu love story..diorg xminat..g tgk gn Boyfrenz br best..but for me..boyfrenz xboyfrenz, ada sy kisah..sy g la beli tiket wayang..xsangka mmg dah full..tgl 1 ja kosong..kat tgh2..so rembat jala..seat yg agak strategi for me..tengah2 and atas..okla tu kan..memang layan laa..cita tu lebih kurang 2 hour..my ticket on 9.50-12am..

Keluar wayang semua tgk2 ja..kenapa awek ni sorg2..yg lain semua ber "caple2:"..dlm hati ckp "ada aku kisah..yg penting aku puas dapat tgk cita ni..besttt oooo".. :)

Apa yg membuatkan sy tertarik dgn cita nie..of course because of the hero..Edward..hensem gila..romatik..caring..tp kurenngg ckt sebab dia kurus ja..klu berisi ckt...cairrrr mak..:)
Jacob also not bad la..dia caring sgt kat bella..even Bella xpilih dia utk jdkn husband..but he still care about bella..best kan jadi Bella dalam cita nie..semua org caring kat dia..sayang dia..(berangan sekejap.."kalaula Bella tu sy"..betapa indahnya hidup nie..)

Attach is the biodata and picture the star..*jgn tatap muka my edward lama2..:P

*All the Star *

 *Edward my HERO*


*Bella the Prettier *



* Jacob a Caring Guy * 

SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 10 November 2011

Al-kisah Kain Batik..*)

Assalamualaikum,

Hye all, sy da cita nak kongsi to all..Tak tahu nak simbolkan sebagai cita kelakar or cita memalukan budaya melayu kita sendiri. Nak dijadikan cita. Semalam sy ikut my mum pergi melawat kampung kawan dia dekat Selama,Perak..Mula2 tu bosan jgk coz sunyi..kiri kanan hutan.tak taw nak buat apa..Tapi lama2 best..tenang ja kepala otak nie. Masakkan depa ala2 kampung,makan ulam2 dengan sambal belacan..walaupun simple tp sedap ooo ")

Lepas makan kitorg g melawat kebun diorg. So kami kena salin kain batik coz xnk kotor nanti..Makcik tu bagi sy kain batik.Sy blh blur sekejap..Actually sy xpernah pakai kain batik.Memang xtaw cara nak pakai.Sy ckp kat diorg.sy xtaw pakai kain batik.diorg leh gelak terbahak2.teruk kan diorg..:( Yela cmne diorg xgelak..bayangkan sy macam budak2 yg xtaw nak pakai bj..ada ke patut mak sy suruh pakai kain batik tu macam kain pelekat.golong2, kembong depan.tak nak sy..So sy suruh la my mum pasangkn..Tapi sy pelik laa..my mum n kawan2 dia ok ja kain diorg.tp kain sy asyik2 nak terlondeh je.Tapi nasib baik tak terlondeh.Tapi lama2 pakai kain batik.rasa macam best la pulak..lebih selesa..So lepas ni, sy nak berlajar pakai la..Br nampak macam perempuan melau terakhir ckit :)

So pengalaman masuk kebun dengan berkain batik memang tak dapat dilupakan, wlupun agak memalukan tapi best..rasa cm xnak balik ooo..sy dapat belajar cara pakai kain batik, kenal buah2, cara2 nak petik buah, petua nak tanam buah2..Yela slalu makan buah memang dah siap je. Kali nie sy ambik sendiri. Petik and makan time tu juga..memang fresh.:)

Kat bawah ni my pic berkain batik dalam kebun. Gambar xpenuh ke bwah..coz bawah tu kain tinggi sebelah.tak sama..hehehe..haa jgn gelak..:P



 

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Friday, 28 October 2011

Jika ia sebuah cinta..

Jika ia sebuah cinta , ia tidak mendengar , tetapi ia sentiasa bergetar .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak buta namun ia sentiasa melihat dan merasa .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji .

Jika ia sebuah cinta , ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak cantik namun sentiasa menarik .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa dihampiri oleh hati .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak berjanji namun sentiasa cuba memenangi .
 

Jika ia sebuah cinta , ia mungkin tidak suci namun sentiasa harmoni .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan perkataan namun hadir dengan ketentetuan .
 

Jika ia sebuah cinta , ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan namun hadir dengan kerana pengorbanan dan kesetiaan .


SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Monday, 17 October 2011

Don’t worry if you’re single..

Don’t worry if you’re single. God’s looking at you right now, saying, “I’m saving this girl for someone special" 

Lega hati ini bila terbaca statement ini..Sememangnya ALLAH maha adil and mengetahui kehendak ummatnye..Aku tahu semua yg terjadi ada hikmah nye..So for the single out there..DoNT Worry..We still had GOD to protect us. Hanya berdoa kepadaNYA..Sesungguhnya ALLAH suka pada ummat yg meminta2 kepadaNYA..So jgn letih berdoa ye.:)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

p/s: FOR A MAN OUT THERE!!

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 6 October 2011

Mengapa Wanita Sering Menangis


Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.



p/s: aku mengharap aku kuat dan terus bertahan menjadi wanita yang diciptaNYA..Biar air mata menemani ku sekarang..Tapi disuatu saat dgn kekuasaanNYA, "KEBAHAGIAN" akan menemaniku jua. Aminn~~

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 29 September 2011

Kenapa??Kenapa??Kenapa???

Kenapa dilahirkan tanggal 1989,
Kenapa harus sambung pengajian di Politeknik,
Kenapa intake Jul2007,
Kenapa diberi kelas SITB,
Kenapa selama 4 thn dibuang masa,
Kenapa  kembali dan memaafkan,
Kenapa beri peluang kedua,ketiga dan ke sekelian kalinya,
Kenapa harus sabar dan terus bersabar,
Kenapa harus percaya pada benda yang terbukti,
Kenapa harus menungu dan terus menunggu,

Kenapa akhirnya terluka..

Kenapa??Kenapa??Kenapa???
Masih mencari jawapannya...


SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 8 September 2011

Wanita ITU jatuh cinta..

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah wanita ITU jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa. 

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Senyuman bahagia, rona malu di wajah, perasaan suka di dada, keceriaan dia wajah memberi jawapan betapa bahagianya mereka.

Patutkan kaum Adam yang dikurniakan ALLAh utk membimbing kaum Hawa menghancurkan perasaan bahagia itu.Tahukah kaum Adam betapa menyesal yang amat sangat jika mensia-siakan hatinya. Memberi cinta kepada lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci.

Apabila rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit. 

Ketika wanita ITU jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika wanita ITU jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dariNYA. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.


p/s: Walaupun telah ramai dari golongan wanita ITU telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia.. Aku masih mengharap dan akan terus mengharap untuk menjadi wanita ITU selagi cinta yang halal belum datang menjemput...


Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com



Friday, 12 August 2011

Kenapa???

Kadang-Kadang kita tak menghargai cinta..
Kenapa???
Sebab, kita belum merasai kehilangan nya..

Kadang-kadang kita rasai cinta dia..
Tapi masih tidak percaya..
Kenapa???
Sebab Kita selalu fikir negatif tentang dia..

Kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul menyanyagi dia..
Kenapa???
Sebab kita tunjuk ego yang kuat tak mahu mengalah..

P/s: Hargai orang yang kita sayang..kerana selalunya kita akan sedar kehilangannya bila dia sudah tiada.

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Saturday, 16 July 2011

Si Penjual Kasut

Geramlah dekat penjual kasut..Apa ingat kedai tu BAPAK dia punya..Nak dijadikan cerita..tadi pergi la singgah satu kedai kasut nie..layanan dia memang bad servis..ingat ke kami ja di layan macam tu..rupanya semua pelanhgan dia layan macam tu..da sorg pelanggan tny saiz kasut, dia leh suh tgk sendiri bawah kasut..xsopan betul..
Tadi sy try la satu kasut nie,rasa macam berkenan..suruh la dia ambil saiz kasut tu..dia pun p la ambil and sy pun try la..dh try macam xlawa pulak.bagi la balik..sy ambil la kasut lain and sy minta la saiz yg sama.dia boleh buat muka..xsalah kan kalau try dulu kasut tu..kalau tak berkenan tak salah kan tak nak beli..dah memang kasut tu tak sesuai.nak buat macam mana..tu pun kira ok la kami sekeluarga beli sampai 4 pasang kasut..bukan xbeli langsung..

Menyampah gila..kalau boss dia ada tadi..memang nak report time tu jugak..ada ke tengah kerja boleh bf dia datang teman.siap duk beramah mesra la pulak dengan Bf dia tu..meluatttnyee tgk..kalau la sy nie jenis yang xsabar..memang ada yg makan kasut juga kang..
Betul orang cakap.."Melayu suka buat kerja main2"..ha dia la melayu tu..tapi xsemuala melayu macam tu..:)


Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Tuesday, 5 July 2011

Tentang "DIA"..

.
.
.

Aku tahu dia sayang aku...tapi dia terlupa untuk nak jaga hati ini...hargai hati ini, untuk terus mencintai dan menyayangi nya...Harap hati ini akan terus bersabar menuggu cinta darinya...

.
.
.

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Saturday, 2 July 2011

Dicintai & Mencintai..

Di awal pagi yang membosan. Nak tidur tapi mata masih belum mengantuk. Nak mesaj tapi dengan siapa? Dengan Si Dia?? memang dah.tp 30 minit sekali baru reply. Hurm,susahkah lelaki nak memahami hati perempuan.susahkan lelaki nak melayan kehendak perempuan. 

Aku..wanita yg ingin mengasihi dan dikasihi. Aku tak perlu dia taburkan dengan barang kemas, rumah besar, kereta mewah. Yang aku inginkan.Si dia berada dekat dengan ku.Ada bila aku perlukanNya. 

Aku cuba memahaminya, minatnya..tp akhirnya aku sendiri yang sakit. Aku wanita yang ingin dibelai dan dikasihi. Bukan ditinggal kan untuk keseronokan sendiri. 

Huh..bosan nye hidup jika selamanya macam nie.ditinggal-tinggal kan.Kenapa dia cepat berubah..tidak seromantik dulu. Jarang mengeluarkan kata cinta yang nyatakan cintanya padaku. 

Si dia, harap semua ini tidak akan berpanjangan. Diri ini amat memerlukan sesorg yg ambil berat dan melindungi. Jangan sampai kau tersedar apabila hati ini telah dimiliki. sememangnya kau yg aku inginkan.



p/s: Hargai org yg betul2 setia pada kita.Andai kita tak layak untuk dia,lepaskan pemergian dia dgn redha. Orang yg kita impikan akan hadir tanpa kita sedari. Hati2 menyayangi orang di sekelilingi kita.Terutama lelaki yg digelar teruna idaman.


Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Friday, 1 July 2011

Terima Kasih Cinta..

Soal cinta adalah soal hati.Ia juga adalah satu jodoh. Manusia hanya merancang tapi tuhan yang menentukan jodoh kita.Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta. Lebih baik menyintai orang yang menyintai kita, dari menyintai orang yang kita cintai,kerana tidak mudah untuk mengubah pendirian orang.Tiada kasih yang lebih manis dari kasih cinta, tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta.

Terima Kasih kpd dia krn memberi peluang ke2 pd diri ini.Akan ku hargai peluang yg diberi.Tiada kasih yang lebih manis dari kasih cintamu..

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com 

Thursday, 23 June 2011

Ciri-ciri Orang Mencintai Kamu

Si penulis telah kembali dgn hati telah terubat..walaupun hati telah terubat, sisa-sisanya masih terasa..walau bagaimana pun hidup mesti diteruskan..:)

Cerita hari ini sy nk sembang pasal ciri-ciri org cinta kita dalam diam. Memang ada dikalangan kita alami benda cmni. Kenapa ya dia tak nak berterus terang. Adakah sebab malu??takut?? emm ntahla..Tp selalunya org cmni dia tak mahu gtaw direct dr malut tp dari perbuatan nya.

Jom check it out ciri2 org yg mencintai kita..mana tau kamu orangnya yg si dia cintai dalam diam..:)

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
  7. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  8. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  9. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  10. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  11. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  12. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  13. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  14. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  15. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. 
  16. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  17. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. 
opss..adakah sy..rasa macam kena dekat batang hidung sendiri la pula..tp tula..nk salahkan diri sendiri pun tak blh..dah nama cinta itu buta.nape xberterus terang ja kan..sememangnya berterus terang jln yg terbaik..sekurang-kurangnya biar dia tau perasaan anda tu..:)

p/s: "Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!" 

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Sunday, 12 June 2011

Biarkan Si Penulis Sendiri

Salam,
Tak ada apa2 yang ingin dicoretkan selain memberi tahu mood Si Penulis tidak berapa baik..

Beliau hanya perlukan masa untuk diri sendiri..Beliau kena amalkan cara2 meredakan marah dan hindari perasaan cemburu..Apa gunanya post di blog kan..

Tunggu coretan seterusnya bila semuanya dah kembali normal..Biarkan Si Penulis mengubat luka di hatinya sendiri..
Sekian..

p/s: aku redha pemergianmu..pergilah..hilangkan dirimu dari pandangan mataku buat selamanya..

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com 

Friday, 10 June 2011

Straight Quay & Quensbay Mall

Straight Quay & Quensbay Mall..Pernah g tak?? Straight Quay & Quensbay Mall ni adalah shopping complex yg terbesar kat Penang. Girlsss kat luar sana mesti suka tempat ni..

Nak di jadikan cerita..sy baru ja lepas lepak dgn BFF sy..BFF time skolah2 dulu..Semua memang bz..nie ja da masa nk hang out sama2..skali skala hang out memang best..Kitorg g lepak dekat Quessbay Mall & Straight Quay.

Straight Quay nie baru ja dibuka..Memang cantik tempatnya..tepi pantai..g sana snap pic blh laa..tp klu nk g shopping, memang xdapatla..mahal gilaaaa..bayangkan restoran kat sana yg plg murah pun "Secret Recipe", Mcd & KFC tak payah cari..memang tak ada..memang branded tempat tu..

Jom chek it out pic2 yg sempat kami snap..


*Ieta & Intan, take pic dulu sebelum enter complex Straight Quay.

*kami suka buat mulut muncung itik..hobby..:)


* Yg tinggi kurus tu amelia. Pramugari Brunei airline..opss she is not available.:) 



*Me with intan, intan nie adk amelia..time ni kat Quensbay. Sempat g snap pic sementara tunggu amelia try baju..:)


*She is my Best Friend Forever..Kami memang tak sebulu, asyik gaduh ja n tak sama pendapat..Tapi blh jd BFF..pelik kan..:)

Teringat zaman sekolah dulu, ha nie nk cita sikit pasal zaman remaja2 dulu..saya dengan Amelia satu kelas, meja pun sebelah2. Kami selalu gaduh,tp xsampai 1 jam kami baik balik. Satu hari tu kami gaduh besar sampai cikgu pelik and senyap2 cikgu tu pergi bisik tanya ketua kelas, "Amelia and Nelly gaduh ka??kenapa meja tidak cantum,kenapa jarak"..Ketua kelas pun jawablah, "Diorang memang macam tu cikgu, kejap lagi ok la tu"..hehehe..sampai cikgu pn pelik kan..memang kami pelik pun.:P

oklah cukup dulu ye pic nie..nanti ada masa sy cita sal zaman sekolah lak ek..zaman sekolah memang sweet sgt,.klu la boleh putar kan masa..zaman sekolah la yg akan saya plh..best sgt..rindula nk pakai uniform skolah.nak galas bag sekolah.lepas sekolah g lepak kat shopping complex..rinduuu nyee..

p/s: Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang paling lemah itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari..

nelly cakap: saya sayang kawan saya..:)

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Mengatasi Cemburu..

Adakah anda CEMBURU?? Klu cemburu dtg sekali sekala, itu bagus kerana cemburu itu kadang2 mengeratkan hubugan. Tapi jika cemburu yg terlebih, itu memang bahaya. Boleh merosakan hubungan hanya kerana cemburu..Rugi kan..So ANDA ada di cemburu yg mana??? Ha ce jawab..ce jawab..:)

Jom kita baca dan amalkan tip2 utk org2 yg kuat cemburu..So harap2 blh la berubah ek selepas ni, itu pun klu anda syg kan hubugn korg tuuu..:)

Jgn cepat mengambil keputusan.
- Jgn jadikan sikap cemburu tu sbg 1 kesalahan si dia. Atasi rasa cemburu tu dgn sudut positif. Jgn terus mengambil kptsn terburu2. 


Tanyakan pd psgn terlebih dahulu.
- Belum tentu cemburu anda itu benar. Sebaiknya bawa berbincang, bertanya dgn lemah lembut. Jgn gunakan suara yg kuat dan kasar.

Cemburu = Sayang
- Semua org pasti tau yg cemburu itu tandanya syg. Hbgn tanpa cemburu jg sama spt "sayur tanpa garam". Jika tiada cemburu, bosan la hbgn tu, tp seharusnya anda pandai mengaplikasikan rasa cemburu anda itu. Jgn sampai pasangan anda lari oleh kerana "Cemburu Buta" anda tu ye..

Berfikiran Positif
- Tiada sorg pn akan merasa nyaman jika dilanda cemburu. Sebaliknya berfikiran positiflah supaya anda terhindar dr sikap ini. Ingatkan diri anda bahawa pasangan mencintai anda dengan setulus hatinya.

Dengar lagu Favorite
- Dengar lagu kesukaan dan ikut bernyanyi, luahkan emosi dengan lantunan irama lagu. Sememangnya music boleh menenangkan jiwa setiap individu.

Pilih tempat yang menangkan
- Pergi tempat yang nyaman dan blh menenangkan jiwa. Misalnya Pantai, Hirup udara dan nikmati suasana dan usir cemburu dengan menikmati keindahan alam. Jangan memilih tempat yg bising, kerana ia akan membuatkan emosi anda lebih terganggu dan menyebabkan stress.

p/s: Pada lelaki di luar sana, jgn jadikan ROKOK tempat utk lupakan masalah. Sememangnya ROKOK lbh memberi masalah kpd anda. Ia blh membunuh anda sikit demi sedikit. SO PLS STOP SMOKING..walaupun bukan utk diri sendiri tp lakukanlah pd org yg menyayangi anda..

Dedicate to someone that i love before.


Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 9 June 2011

Jom Hindari Perasaan Marah!!

Marah!!! Sikap yg membuatkan semua org tidak bertindak guna kepala otak, tp kepala lutut..Apa puncanya perasaan Marah nie, adakah sebab syaitan dah mengusai diri. Memang betul, bila marah diri kita lebih mudah bertindak diluar batasan minda sedar. Korang pun mesti pernah marah, termasuklah sy juga..

Meh sinie nk kongsi tip dgn korg cmne nk hindar perasaan marah nie..Bkn utk korg ja tp utk mengingatkan diri sy sndiri dari sifat nie..Sebab slalu sgt sy kerap marah sejak kebelakangan nie.xtaw la napa..semua bnda nk marah..pantang ada buat salah sikit ja mesti nak marah nye lah..So marilah kt semua amalkan tips nie utk keharmonian diri kt juga. Tak adalah kita nak habiskan hari-hari kita dengan marah ja kan..Kan tak bagus..:)


Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Ingat Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Ha senangkan langakah2 nya kan..Marah nie blh..Bkn tak blh, habis klu org pijak kepala kt tak kan kita tak nak marah kan..Boleh marah, tp tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.Cukuplah buat orang lain menghormati hak kita. Ingat, api lawannya air, so marah lawannya lemah lembut…:)

Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Wednesday, 8 June 2011

CINTA a.k.a LOVE..what is that???

Perkataan C.I.N.T.A mmg dah sinonim dgn hidup manusia.Semua org sudah kenal apa itu cinta..Bahkan adk2 yg br nk meningkat remaja pn dah penah alaminya..Cinta sememangnya indah dan suci..Tp krn cinta jg buat manusia buta..Tgk la skrg..pembuangan bayi sekarg..menjadi2..dah jd cmtu..apa harus dipersalahkan..CINTA @ NAFSU..

Jadi,kpd sang PENCINTA diluar sana..Peringatannya disini:

1)Jgn sesekali dalam hidup seseorg itu klu ia hanya akan menghancurkan perasaannya..sememangnya..sakit klu pts cinta nie.
2)Jgn pernah menatap matanya jika semua yg kamu lakukan hny kepalsuan belaka..
3) Perkara yg paling kejam adalah membiarkan seseoreg jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya..



Disini, sy nk kongsi 1 crita..Baca dan ambil tauladan.:)

Suatu hari,sorg yg sdg pts cinta menangis di taman.Dtg seorg ahli falsafah bertanya."Knp kamu menangis"

Org itu menjawab."Aku sedih..kenapa dia meninggal kan ku"

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata."Kamu bodoh sekali"

Lalu org itu menjawah."Knp berkata begitu?Aku sdg pts cinta dah sgt menyedihkan.Tak apalah klu kamu tak mahu memujukku,tp jgn la kamu mentertawakan ku."

"Bodoh kamu tak perlu bersedih, krn seharusnya sedih adalah dia", kata ahli falsafah itu.

"Knp dia harus bersedih,bukankah dia yg meninggalkanku?"
"Kamu hanya kehilangan org yg TIDAK mencintaimu,tp dia kehilangan org yg SANGAT mencintainya." jwb ahli falsafah itu.

Moral of the story:

Jangan tertarik pd seseorg krn parasnya, krn keelokkan paras dpt menyesatkan.Dan jgn pula tertarik pd kekayaannya, krn kekayaan akan musnah. Tertariklah pd sesorg yg dapat membuatmu tersenyum.Hanya senyum membuat hari2mu yg gelap menjd cerah.:)

p/s: membuatku teringat kpd my BFF yg selalu mengingatkanku spy sentiasa tersenyum.:))))))

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Monday, 6 June 2011

Welcome !!

Just create my blog..
Actually dah lama nak create..tp xda masa..
But now nk habisss kan masa yg ada..:)
Serba sedikit ttg diriku..
Name: Nalliyati Sapri
Nick Name: Nell or Nelly
From: Batu Ferringhi, Penang
Date of Birth: 22 Jul 
High School: Politeknik Seberang Perai, Penang
Secondary/Primary: Convent Pulau Tikus,Penang

ckp la ek information nie ek..
nk taw lebih lanjut tungguuu...
daaaa...:)

Si Penulis
cintasiperi2.blogspot.com