Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?
Tapi layakkah wanita ITU jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa.
Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Senyuman bahagia, rona malu di wajah, perasaan suka di dada, keceriaan dia wajah memberi jawapan betapa bahagianya mereka.
Patutkan kaum Adam yang dikurniakan ALLAh utk membimbing kaum Hawa menghancurkan perasaan bahagia itu.Tahukah kaum Adam betapa menyesal yang amat sangat jika mensia-siakan hatinya. Memberi cinta kepada lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya,
yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang
tidak lagi suci.
Apabila rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah
kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada
senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang
dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada
adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah
penderitaan akan hati yang mulai sakit.
Ketika wanita ITU jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka
nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari
orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah
kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki
yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya
yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya.
Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.
Alangka kasihannya jika wanita ITU jatuh cinta, kerana yang ada adalah
penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dariNYA. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia.
Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci
dengan air mata penyesalan.
Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika
memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah
kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk
bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian
bersatu.
Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah,
semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.
p/s: Walaupun telah ramai dari golongan wanita ITU telah hanyut dan rosak
dalam cinta dunia.. Aku masih mengharap dan akan terus mengharap untuk
menjadi wanita ITU selagi cinta yang halal belum datang menjemput...
Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com
No comments:
Post a Comment