Tuesday, 31 July 2012

"TAK DIHARGAI" diberi oleh yg "TAK TAHU MENGHARGAI"

Perit!!! Memang perit bila "TAK DIHARGAI".. Rasanya perasaan itu semua org pernah merasai nya.."TAK DIHARGAI" bukan hanya simbol untuk orang yg bercinta, malah boleh digunakan di alam perkerjaan. Bila setiap kerja yg dilakukan tak dihargai oleh majikan.Memang sesuatu yang menyakitkan. Punah semua harapan dan semangat..Semua tungkus lumus yang diberikan hanya sia-sia..Memang kejam kan..:(

Apakah kita patut memberi peluang kedua kepada orang yang tak tahu menghargai kita?? Adakah mereka ini layak untuk diberi peluang kedua??? Itu terletak pada individu..Pada hati, jika hati menyatakan SAYANG..Beribu kali kesalahan yg dibuat..Tak kan pernah terputus PELUANG kedua,ketiga,sepuluh, ratus, ribu kali yg diberi..Tapi sedarkah, peluang yang diberikan memang tak BERMAKNA dan hanya SIA-SIA..kerana diberikan kepada orang yang TAK TAHU MENGHARGAI..

Nothing else i wanna to say..just read below statement..


Si Penulis,
cintasiperi2@blogspot.com

Sunday, 29 July 2012

Cara Si Penulis..:)

Hye all Si Pembaca..Salam..hye dulu baru bg Salam..itula manusia akhir zaman..MasyaALLAH..Ish-ish..Si Penulis ni laaa..sorry ye..

Today xda apa nk cerita sangat just nk kongsi dgn u all, 1 cara dari banyak2 cara yang slalu Si Penulis buat bila rasa sedih, terluka, merajuk, bengang kat BF..kononnya ni cara nak tenangkan diri laa..Si Penulis nie sebenarnya suka membaca kalau nk rasa tenang yela bila kita baca, kita jadi leka then leh la lupa sekejap masalah2 tu..Si Penulis suka read something yang berilmu..Macam sesuatu yg bila Si Penulis baca..Si Penulis cakap "Betul-betul" (sambil tersenyum)..Haaaa bila dah senyum,xka sedikit sebanyak dah tenang ckit kan..:)

Kat bawah nie Si Penulis attach kan Ayat-ayat yang boleh naikkan semangat and buat kita berfikir sejenak..


















P/s: Nie cara Si Penulis tenangkan diri..Cara u all tak tahu..setiap org ada cara diorg tersendiri..Tak kisahla apa cara pun asalkan u all happy + bahagia..:))



Si Penulis,
cintasiperi2@blogspot.com

Thursday, 19 July 2012

40 dalil lelaki tidak layak jadi suami


Assalamualaikum..
Hye kpd Si Pembaca..setelah sekian lama Si Penulis mendiam kan diri,blog nie dah macam ada penunggu la pula..hehehe..Bukan nak biarkan blog nie kesunyian, tapi tak ada masa nak update sebab tetiba mood Si Penulis bertukar menjadi mood Si Pembaca..ada masa terluang kat office, ceroboh otak "pakcik google" dapatkan info2 yg manfaat untuk tambah pengetahuan, yela ilmu tak akan datang kalau tak dicari.:)

Nak dijadikan cerita..tengah main click2 terbaca la satu article yg menyatakan 40 dalil lelaki tidak layak jadi suami..Apa yg disenaraikan memang benar2 belaka..Memang slalu dah dgr cerita pasal kes rumah tangga yg sebegini..Macam dah jadi trend or hobby la pula..

 

Bila dah baca rasa macam seram,takut la pula nak kawen..Memang semua laki selepas kawin akan berubah macam ni ka??Kalau betul la..sanggup digelar anak dara tua..

So sila la baca ye..APA PENDAPAT ANDA??

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumahdengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya diamati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

*Moga ada yang mendapat iktibar!!!

*Bukan nk BOOooo kaum lelaki..tapi ni hakikatnya..Klu benda nie tak wujud, artikal nie xkn wujud kan..xpe..nk bg fair and squere nanti sy cari perempuan lak ye.*

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Sunday, 3 June 2012

Rumah Untuk Disewa(Batu Ferringhi)

Assalamualaikum...

Hye all..Selamat Berhujung minggu..Hari ini cuti..Berehat je dekat rumah nie, tak taw nak buat apa..Bila keja terasa nak bercuti..bila cuti terasa nk berkerja..So any idea untuk mengisi masa bosan hujung minggu selain tidur..Dating??Try resepi baru??Masak??

Oh ya sebelum terlupa..Siapa diluar sana yang sedang mencari rumah untuk disewa di kawasan Batu Ferringhi..


Hubungi:
Zeyati Bt Yon
(017-5422167)

Address:
10-10-19, Jalan Sungai 1(Blok A), Pinang Emas, Batu Ferringhi, 11100
Pulau Pinang.
 
Here ada attach picture rumah and plan rumah..Boleh la tgk2..Mana taw ada yang sedang mencari rumah sewa..Rumah nie berdekat dengan parkroyal hotel and hard rock..Seberang pertanyaan boleh hubungi Puan Zeyati sendiri..tq..:)

                                                               *view dari atas



                                                                   *view close up

                                                                 *plan lokasi rumah

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com


Wednesday, 30 May 2012

Bad Tuesday!!!


       Today is the BAD Tuesday for me..Mengantuk!!Letih!!Sampai ada one staff cakap “Hey why ur face lebam”..Alamak mula la nak touch up tebal2. 

        Nak Balik sambung tidur. Alangkah bahagiannya dapat peluk bantal sekarang. Tapi nak buat macam mana tanggungjawab tetap tanggungjawab. Selain tanggungjawab pada family, tanggungjawab pada kerja & company pun penting juga. 

          Hari ini dah masuk minggu ke-3 dah keja kat lawyer firm. So far..so good..Tak adalah penat and stress macam 1st week masuk dulu. Macam2 nak kena belajar. Now Alhamdulillah semuanya “on control”..Kerja baik2 ye nelly(sambil tepuk nahu sendiri)..(*_*)

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Tuesday, 15 May 2012

My 1st Day

Today is my 1st day kerja at one lawyer firm (1st time work at lawyer firm, no experience at all)..So 1st day memang semangat gila..Bangun sebelum matahari terbit tuu..Siap make up tebal2..Biasalaa 1st day la katakan..1st impression is important..Adui penat gila rini..Banyak kerja nak kena catch up. Serabut sikit la tadi..Balik ni nak tidur awal la..Selepas isyak terus nak masuk bilik..Semangat tak..semnagat tak??hahah..Jom sambung kerja..Bye2..


Wednesday, 4 April 2012

Class Batal a.k.a Puding Jagung

Hari ini class batal..Class batal pun tak tau apa nak buat..bosan lak..tula manusia kan..kalau da class pun mengeluh..tak da class pun mengeluh..So rini nak elak dari itu, sy terlebih rajin nak buat puding..Sebenarnya teringin lama tak makan puding jagung..So ni hasil nye..check it out..Resepi pun da kat bawah..Daaa....:)




Bahan-bahan :
1 peket agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung castard
1 tin jagung (sweet corn)
Esen vanilla

Cara-cara :
1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air.
2. Dah cair agar-agar tapiskan dan masukkan ke dalam periuk yg lain dan didihkan.
3. Campurkan gula, susu cair, custard yang dicairkan dengan susu cair, jagung serta esen vanilla.
4. Masukkan dalam loyang, biarkan habes wap dan baru masukkan dalam peti sejuk..
5. Dah sejuk dan keras, boleh la potong dan makan. Variasi untuk makan dengan aiskrim, kuah custard, coklat dan sebagainya.


Si Penulis,
cintasiperi2@blogspot.com