Thursday, 23 June 2011

Ciri-ciri Orang Mencintai Kamu

Si penulis telah kembali dgn hati telah terubat..walaupun hati telah terubat, sisa-sisanya masih terasa..walau bagaimana pun hidup mesti diteruskan..:)

Cerita hari ini sy nk sembang pasal ciri-ciri org cinta kita dalam diam. Memang ada dikalangan kita alami benda cmni. Kenapa ya dia tak nak berterus terang. Adakah sebab malu??takut?? emm ntahla..Tp selalunya org cmni dia tak mahu gtaw direct dr malut tp dari perbuatan nya.

Jom check it out ciri2 org yg mencintai kita..mana tau kamu orangnya yg si dia cintai dalam diam..:)

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
  7. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  8. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  9. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  10. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  11. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  12. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  13. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  14. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  15. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. 
  16. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  17. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. 
opss..adakah sy..rasa macam kena dekat batang hidung sendiri la pula..tp tula..nk salahkan diri sendiri pun tak blh..dah nama cinta itu buta.nape xberterus terang ja kan..sememangnya berterus terang jln yg terbaik..sekurang-kurangnya biar dia tau perasaan anda tu..:)

p/s: "Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!" 

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Sunday, 12 June 2011

Biarkan Si Penulis Sendiri

Salam,
Tak ada apa2 yang ingin dicoretkan selain memberi tahu mood Si Penulis tidak berapa baik..

Beliau hanya perlukan masa untuk diri sendiri..Beliau kena amalkan cara2 meredakan marah dan hindari perasaan cemburu..Apa gunanya post di blog kan..

Tunggu coretan seterusnya bila semuanya dah kembali normal..Biarkan Si Penulis mengubat luka di hatinya sendiri..
Sekian..

p/s: aku redha pemergianmu..pergilah..hilangkan dirimu dari pandangan mataku buat selamanya..

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com 

Friday, 10 June 2011

Straight Quay & Quensbay Mall

Straight Quay & Quensbay Mall..Pernah g tak?? Straight Quay & Quensbay Mall ni adalah shopping complex yg terbesar kat Penang. Girlsss kat luar sana mesti suka tempat ni..

Nak di jadikan cerita..sy baru ja lepas lepak dgn BFF sy..BFF time skolah2 dulu..Semua memang bz..nie ja da masa nk hang out sama2..skali skala hang out memang best..Kitorg g lepak dekat Quessbay Mall & Straight Quay.

Straight Quay nie baru ja dibuka..Memang cantik tempatnya..tepi pantai..g sana snap pic blh laa..tp klu nk g shopping, memang xdapatla..mahal gilaaaa..bayangkan restoran kat sana yg plg murah pun "Secret Recipe", Mcd & KFC tak payah cari..memang tak ada..memang branded tempat tu..

Jom chek it out pic2 yg sempat kami snap..


*Ieta & Intan, take pic dulu sebelum enter complex Straight Quay.

*kami suka buat mulut muncung itik..hobby..:)


* Yg tinggi kurus tu amelia. Pramugari Brunei airline..opss she is not available.:) 



*Me with intan, intan nie adk amelia..time ni kat Quensbay. Sempat g snap pic sementara tunggu amelia try baju..:)


*She is my Best Friend Forever..Kami memang tak sebulu, asyik gaduh ja n tak sama pendapat..Tapi blh jd BFF..pelik kan..:)

Teringat zaman sekolah dulu, ha nie nk cita sikit pasal zaman remaja2 dulu..saya dengan Amelia satu kelas, meja pun sebelah2. Kami selalu gaduh,tp xsampai 1 jam kami baik balik. Satu hari tu kami gaduh besar sampai cikgu pelik and senyap2 cikgu tu pergi bisik tanya ketua kelas, "Amelia and Nelly gaduh ka??kenapa meja tidak cantum,kenapa jarak"..Ketua kelas pun jawablah, "Diorang memang macam tu cikgu, kejap lagi ok la tu"..hehehe..sampai cikgu pn pelik kan..memang kami pelik pun.:P

oklah cukup dulu ye pic nie..nanti ada masa sy cita sal zaman sekolah lak ek..zaman sekolah memang sweet sgt,.klu la boleh putar kan masa..zaman sekolah la yg akan saya plh..best sgt..rindula nk pakai uniform skolah.nak galas bag sekolah.lepas sekolah g lepak kat shopping complex..rinduuu nyee..

p/s: Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang paling lemah itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari..

nelly cakap: saya sayang kawan saya..:)

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Mengatasi Cemburu..

Adakah anda CEMBURU?? Klu cemburu dtg sekali sekala, itu bagus kerana cemburu itu kadang2 mengeratkan hubugan. Tapi jika cemburu yg terlebih, itu memang bahaya. Boleh merosakan hubungan hanya kerana cemburu..Rugi kan..So ANDA ada di cemburu yg mana??? Ha ce jawab..ce jawab..:)

Jom kita baca dan amalkan tip2 utk org2 yg kuat cemburu..So harap2 blh la berubah ek selepas ni, itu pun klu anda syg kan hubugn korg tuuu..:)

Jgn cepat mengambil keputusan.
- Jgn jadikan sikap cemburu tu sbg 1 kesalahan si dia. Atasi rasa cemburu tu dgn sudut positif. Jgn terus mengambil kptsn terburu2. 


Tanyakan pd psgn terlebih dahulu.
- Belum tentu cemburu anda itu benar. Sebaiknya bawa berbincang, bertanya dgn lemah lembut. Jgn gunakan suara yg kuat dan kasar.

Cemburu = Sayang
- Semua org pasti tau yg cemburu itu tandanya syg. Hbgn tanpa cemburu jg sama spt "sayur tanpa garam". Jika tiada cemburu, bosan la hbgn tu, tp seharusnya anda pandai mengaplikasikan rasa cemburu anda itu. Jgn sampai pasangan anda lari oleh kerana "Cemburu Buta" anda tu ye..

Berfikiran Positif
- Tiada sorg pn akan merasa nyaman jika dilanda cemburu. Sebaliknya berfikiran positiflah supaya anda terhindar dr sikap ini. Ingatkan diri anda bahawa pasangan mencintai anda dengan setulus hatinya.

Dengar lagu Favorite
- Dengar lagu kesukaan dan ikut bernyanyi, luahkan emosi dengan lantunan irama lagu. Sememangnya music boleh menenangkan jiwa setiap individu.

Pilih tempat yang menangkan
- Pergi tempat yang nyaman dan blh menenangkan jiwa. Misalnya Pantai, Hirup udara dan nikmati suasana dan usir cemburu dengan menikmati keindahan alam. Jangan memilih tempat yg bising, kerana ia akan membuatkan emosi anda lebih terganggu dan menyebabkan stress.

p/s: Pada lelaki di luar sana, jgn jadikan ROKOK tempat utk lupakan masalah. Sememangnya ROKOK lbh memberi masalah kpd anda. Ia blh membunuh anda sikit demi sedikit. SO PLS STOP SMOKING..walaupun bukan utk diri sendiri tp lakukanlah pd org yg menyayangi anda..

Dedicate to someone that i love before.


Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 9 June 2011

Jom Hindari Perasaan Marah!!

Marah!!! Sikap yg membuatkan semua org tidak bertindak guna kepala otak, tp kepala lutut..Apa puncanya perasaan Marah nie, adakah sebab syaitan dah mengusai diri. Memang betul, bila marah diri kita lebih mudah bertindak diluar batasan minda sedar. Korang pun mesti pernah marah, termasuklah sy juga..

Meh sinie nk kongsi tip dgn korg cmne nk hindar perasaan marah nie..Bkn utk korg ja tp utk mengingatkan diri sy sndiri dari sifat nie..Sebab slalu sgt sy kerap marah sejak kebelakangan nie.xtaw la napa..semua bnda nk marah..pantang ada buat salah sikit ja mesti nak marah nye lah..So marilah kt semua amalkan tips nie utk keharmonian diri kt juga. Tak adalah kita nak habiskan hari-hari kita dengan marah ja kan..Kan tak bagus..:)


Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Ingat Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Ha senangkan langakah2 nya kan..Marah nie blh..Bkn tak blh, habis klu org pijak kepala kt tak kan kita tak nak marah kan..Boleh marah, tp tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.Cukuplah buat orang lain menghormati hak kita. Ingat, api lawannya air, so marah lawannya lemah lembut…:)

Renung-renungkan dan selamat beramal..:)

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Wednesday, 8 June 2011

CINTA a.k.a LOVE..what is that???

Perkataan C.I.N.T.A mmg dah sinonim dgn hidup manusia.Semua org sudah kenal apa itu cinta..Bahkan adk2 yg br nk meningkat remaja pn dah penah alaminya..Cinta sememangnya indah dan suci..Tp krn cinta jg buat manusia buta..Tgk la skrg..pembuangan bayi sekarg..menjadi2..dah jd cmtu..apa harus dipersalahkan..CINTA @ NAFSU..

Jadi,kpd sang PENCINTA diluar sana..Peringatannya disini:

1)Jgn sesekali dalam hidup seseorg itu klu ia hanya akan menghancurkan perasaannya..sememangnya..sakit klu pts cinta nie.
2)Jgn pernah menatap matanya jika semua yg kamu lakukan hny kepalsuan belaka..
3) Perkara yg paling kejam adalah membiarkan seseoreg jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya..



Disini, sy nk kongsi 1 crita..Baca dan ambil tauladan.:)

Suatu hari,sorg yg sdg pts cinta menangis di taman.Dtg seorg ahli falsafah bertanya."Knp kamu menangis"

Org itu menjawab."Aku sedih..kenapa dia meninggal kan ku"

Lalu ahli falsafah itu tertawa sambil berkata."Kamu bodoh sekali"

Lalu org itu menjawah."Knp berkata begitu?Aku sdg pts cinta dah sgt menyedihkan.Tak apalah klu kamu tak mahu memujukku,tp jgn la kamu mentertawakan ku."

"Bodoh kamu tak perlu bersedih, krn seharusnya sedih adalah dia", kata ahli falsafah itu.

"Knp dia harus bersedih,bukankah dia yg meninggalkanku?"
"Kamu hanya kehilangan org yg TIDAK mencintaimu,tp dia kehilangan org yg SANGAT mencintainya." jwb ahli falsafah itu.

Moral of the story:

Jangan tertarik pd seseorg krn parasnya, krn keelokkan paras dpt menyesatkan.Dan jgn pula tertarik pd kekayaannya, krn kekayaan akan musnah. Tertariklah pd sesorg yg dapat membuatmu tersenyum.Hanya senyum membuat hari2mu yg gelap menjd cerah.:)

p/s: membuatku teringat kpd my BFF yg selalu mengingatkanku spy sentiasa tersenyum.:))))))

Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Monday, 6 June 2011

Welcome !!

Just create my blog..
Actually dah lama nak create..tp xda masa..
But now nk habisss kan masa yg ada..:)
Serba sedikit ttg diriku..
Name: Nalliyati Sapri
Nick Name: Nell or Nelly
From: Batu Ferringhi, Penang
Date of Birth: 22 Jul 
High School: Politeknik Seberang Perai, Penang
Secondary/Primary: Convent Pulau Tikus,Penang

ckp la ek information nie ek..
nk taw lebih lanjut tungguuu...
daaaa...:)

Si Penulis
cintasiperi2.blogspot.com