Marah!!! Sikap yg membuatkan semua org tidak bertindak guna kepala otak, tp kepala lutut..Apa puncanya perasaan Marah nie, adakah sebab syaitan dah mengusai diri. Memang betul, bila marah diri kita lebih mudah bertindak diluar batasan minda sedar. Korang pun mesti pernah marah, termasuklah sy juga..
Meh sinie nk kongsi tip dgn korg cmne nk hindar perasaan marah nie..Bkn utk korg ja tp utk mengingatkan diri sy sndiri dari sifat nie..Sebab slalu sgt sy kerap marah sejak kebelakangan nie.xtaw la napa..semua bnda nk marah..pantang ada buat salah sikit ja mesti nak marah nye lah..So marilah kt semua amalkan tips nie utk keharmonian diri kt juga. Tak adalah kita nak habiskan hari-hari kita dengan marah ja kan..Kan tak bagus..:)
Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Ingat Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Ha senangkan langakah2 nya kan..Marah nie blh..Bkn tak blh, habis klu org pijak kepala kt tak kan kita tak nak marah kan..Boleh marah, tp tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.Cukuplah buat orang lain menghormati hak kita. Ingat, api lawannya air, so marah lawannya lemah lembut…:)
Renung-renungkan dan selamat beramal..:)
Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com
No comments:
Post a Comment