Thursday, 12 January 2012

Andai Kau Menyayangi Seseorg !!!

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. … 


P/s: Maafkan aku jika itu terjadi..Sememangnya bukan atas kerelaanku..:(


Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Saturday, 7 January 2012

Mengapa Menunggu????

Walaupun kita ingin mengambil satu keputusan,kita tidak ingin tergesa-gesa.
Walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembarangan.
Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Pada akhirnya,
lebih baik kamu memilih hidup bersama dengan orang yang mencintai dirimu dari menunggu orang yang kamu cintai.Itu lebih membawa bahagia!
Tuhan kadang-kadang jauhkan seseorang dri hidup kita atas sebab untuk melindungi kita.. 
Oleh itu, berhentilah mengejarnya..Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita.
Menunggu cinta datang memang sesuatu yang perit dan amat memerlukan masa, kerna ia tidak boleh dipaksa.

Bunga tidak mekar dalam waktu semalam, kota Roma tidak dibangun dalam sehari. Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan.

Cinta yang agung akan terus bertumbuh selama kehidupan.
Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, dan selama itu pula penantian kita tidaklah sia-sia.

Ruang hati ini untuk yang HALAL dimiliki.. Namun sekiranya yang hadir itu sekadar persinggahan menghilangkan sunyi, Mohon maaf kerana tiada tempatmu di sini, kerana kamu akhirnya akan berlalu pergi…
Note "PENULIS":: Renung2kan dan Selamat Beramal..Tak semua itu indah..Sedarlah anda sebelum terlambat.. :)

SiPenulis
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 5 January 2012

Mood Cintan Cintun !!

Kalau ditanya Apa Perasaan Sekarang?? Aku akan menjawab..Perasaan rinduuuu sangat..Cerita Hindustand kat Tv2 tadi telah menganggu emosi ku..Semua nie gara-gara cerita Del To Pagei Hei..Memang Pagel (gila) aku dibuatnye sampai mood pun dah bertukar jadi mood cintan cintun lak sekarang nie..lagi 10 minit kalau tak di ubati rasanya bilik ku ini akan penuh dengan Love..Love berterbangan..Nasib baik tutup tingkap bilik..kalau tak semua love..love tu keluar..:)

"Mama..mama..tolongla aku..aku sedang binggung,pusing kepala ku memikirkan dia.."
"Papa..Papa..inikah dinamanya cinta..Aku Butuh (perlu) doctor cinta"..

Adoii..Dil To Pagel Hei..Pening Hei..Rindu Hei..Selamat Malam Hei..Nak mimpi dia la malam nie..


Mood:: Asmaradanaaaaaaaaa.....(*_*)


SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Wednesday, 4 January 2012

Baik Buruk "Tak Puas Hati" !!!

Hye all, hari nie hari memenatkan..Baru 2 weeks start kuliah dah sakit semua urat2 saraf..Mungkin cuaca kot yang tak menentu sekarang nie..Panas gila skrg nie..So to ALL out there jadikan botol air BESTFREIND anda..:)

Today nak bagi sembang pasal sikap tak puas hati..Bukan tak puas hati apa..Tak puas hati ke arah kebaikan.Pernah tak korang rasa TAK PUAS hati bila tengok orang lain BERJAGA..tambah2 lagi orang tu orang yang korang tak suka, macam musuh korg la..Mesti jelous tahap cipan kan kalau dia berjaya..Kadang2 perasaan cemburu itu terlalu kuat sampai buat kita hilang keyakinan diri, salahkan takdir..Saya pernah merasai perasaan itu sebenarnya..

Perasaan tu BAGUS kalau kita tahu camne nak mengatasinya..Sesetengah orang akan berusaha melakukan terbaik supaya dia pun boleh berjaya..Itu bagus!!..Persaingan yang sihat namanya..:)

Actually, korang tak perlu cemburu dengan nasib orang lain..Nasib seseorg tu berbeza2 antara satu sama lain..Macam kata pepatah, "Hari ini hari dia, Esk siapa tahu hari kita pula"..Korang tak perlu menyalahkan takdir,semua tu dah tersurat.Semua orang ada keistimewaan tersendiri..BERSYUKUR dengan kurniaan dari-NYA..

Lagipun tak semua kejayaan yang kita lihat itu "Indah"..Memang diorang perolehi karier hebat, gaji besar, rumah besar,kereta besar, tapi belum tentu mereka memiliki teman lelaki/perempuan setia dan sahabat yang sentiasa menemaninya dalam suka mahupun duka. Betul tak?? Betul tak??

Watpe nak tension2 macam picture bawah nie..Tak bagus..buat tambah kedut lagi adalah..Bapak budak pun boleh lari..Tak ada sapa nak dekat..

 Image 1


Image 2


Cuba tenangkan fikiran, buat aktiviti riadah..Macam picture2 kat bawah ni..Korang lain pun suka dekat dengan kita kan..Tak payah bayar free & mudah..:)

Image 3:  Cara ini bagus untuk ketenangan dalaman..Kita akan tampil lebih segar + berkeyakinan..

 Image 4: Memang relax giler kalau ada orang yang massage body kita..Cuba minta mak anda massage kan..:seronok..:)

Image 5: This is my fav..Dengar lagu sambil baring..Slalu sangat buat macam nie..Cool giler..


So kesempurnaan bukan sesuatu yang kecil dan tertutup..SEMPURNA itu luas..semua orang ada kesempurnaan itu..cuba gali dan cari kesempurnaan ANDA..TUHAN itukan  ADIL..so tak mau jelous2 taw..buang perasaan tu jauh2..

Note: Orang yang berusaha insyaALLAH mesti ada HASILnya..Dont Ever Give Up..:)

SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com


Sunday, 1 January 2012

Bye-Bye 2011, Hye-hye 2012 !!

This is the last post untuk 2011..after this all post akan bertarikh 2012..sedih sebenarnya nk tinggalkan kenangan 2011..ada manis, ada pahit..tp nak buat cmne..org ckp "hidup mesti diteruskan"..Semua yg terjadi mesti ada hikmahnye.."Dont Ever GiveUp" prinsip yang kuat dipegang hingga kini..

Betul ka org cakap "2012 DUNIA BERAKHIR"...serammmnyeee...tapi JANGAN percaya..Itu semua mitos je..Kalau manusia tahu bila DUNIA BERAKHIR..rasanya xdala jenayah kat atas bumi ni lg..semua org sibuk buat amal ibadat je..aku pun tak adala depan laptop nie tulis blog..kan..kan..kan..:)

Kalau sebut pasal New Year..semua org akan fikir..APA AZAM TAHUN BARU!!!..So apa AZAM aku ek??? Actually sebelum2 nie tak pernah serius pun dengan azam nie..Coz 2 3 bulan je semangat dengan Azam..Mai ujung2 tahun..semua Azam dah lupa..Tapi kali nie nak jugak la tanamkan azam..tak salahkan rancang masa depan..:)

Bye-bye 2011...all memories in 2011 akan tersemat di dalam ingatan..yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..
Hello 2012..welcome to my world..be good..dont be naughty..i hope year 2012 will become the most best memories..aminnn..:)


SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com