Thursday, 29 September 2011

Kenapa??Kenapa??Kenapa???

Kenapa dilahirkan tanggal 1989,
Kenapa harus sambung pengajian di Politeknik,
Kenapa intake Jul2007,
Kenapa diberi kelas SITB,
Kenapa selama 4 thn dibuang masa,
Kenapa  kembali dan memaafkan,
Kenapa beri peluang kedua,ketiga dan ke sekelian kalinya,
Kenapa harus sabar dan terus bersabar,
Kenapa harus percaya pada benda yang terbukti,
Kenapa harus menungu dan terus menunggu,

Kenapa akhirnya terluka..

Kenapa??Kenapa??Kenapa???
Masih mencari jawapannya...


SiPenulis,
cintasiperi2.blogspot.com

Thursday, 8 September 2011

Wanita ITU jatuh cinta..

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah wanita ITU jatuh cinta?
Mereka juga punya hati dan rasa. 

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya?
Senyuman bahagia, rona malu di wajah, perasaan suka di dada, keceriaan dia wajah memberi jawapan betapa bahagianya mereka.

Patutkan kaum Adam yang dikurniakan ALLAh utk membimbing kaum Hawa menghancurkan perasaan bahagia itu.Tahukah kaum Adam betapa menyesal yang amat sangat jika mensia-siakan hatinya. Memberi cinta kepada lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci.

Apabila rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit. 

Ketika wanita ITU jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika wanita ITU jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dariNYA. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.


p/s: Walaupun telah ramai dari golongan wanita ITU telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia.. Aku masih mengharap dan akan terus mengharap untuk menjadi wanita ITU selagi cinta yang halal belum datang menjemput...


Si Penulis,
cintasiperi2.blogspot.com